Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

208 projek di bawah BDDA perlu disiapkan dalam tempoh dua atau tiga tahun – Douglas Uggah

BySteward Dawi

BETONG, 19 Mei: Sebanyak 208 projek di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) yang melibatkan peruntukan RM1.464 bilion perlu disiapkan dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kesemua projek itu dibahagikan kepada enam sektor dengan yang pertama melibatkan 67 projek pembangunan infrastruktur bernilai RM552.24 juta.

“Sektor kedua ialah pembangunan sosial dan hal ehwal wanita yang melibatkan 45 projek dengan peruntukan sebanyak RM384.59 juta,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Pra Gawai Dayak Bahagian Betong di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohamad Razi Sitam, Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik dan Residen Bahagian Betong, Richard Micheal Abunawas.

Douglas Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak menjelaskan sektor seterusnya ialah pembangunan pertanian dan industri makanan yang melibatkan 42 projek dengan peruntukan sebanyak RM255.92 juta.

Sektor perindustrian, perniagaan dan pembangunan usahawan pula kata beliau melibatkan 32 projek dengan peruntukan RM137.54 juta.

“Sektor pelancongan dan alam sekitar  pula dengan 13 projek turut termasuk dalam pakej ini dengan peruntukan RM98.9 juta,” katanya.

Tambah beliau BDDA juga akan melaksanakan sembilan projek pembangunan utiliti dan telekomunikasi yang melibatkan  peruntukan RM34.8 juta.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Penasihat Penyelidikan Sains Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang dan isteri Douglas Uggah Embas, Datin Amar Dato Doreen Mayang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan