KUALA TATAU, 18 Mei: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) berperanan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dalam mendengar keluhan serta keresahan rakyat berkenaan isu yang dihadapi di kawasan mereka.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol, para Pegawai UKAS akan turun padang menemui masyarakat kampung bagi mendapatkan maklumat berkaitan.
“Sebab itulah ada laporan mingguan. Ada jenis laporan yang diberikan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan ada laporan yang berkenaan dengan isu utama di setiap kawasan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program UKAS bersama Komuniti @Kuala Tatau di sini, hari ini.
Beliau menambah antara isu yang kerap ditimbulkan adalah berkenaan telekomunikasi, elektrik, air dan sebagainya.
Dengan adanya pegawai di lapangan, kata Abdullah isu yang membelenggu rakyat akan segera diselesaikan seterusnya dimaklumkan kepada Premier Sarawak.
Dalam pada itu katanya, program yang diadakan pada hari ini merupakan program dua halayang diyakini ia akan memanfaatkan kedua-dua belah pihak. – TVS
Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!