Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee pada Majlis Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 peringkat Bahagian Sibu di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, hari ini. Foto Regina Lee (TVS)

Sarawak yakin jayakan SUKMA 2024, beri impak positif kepada sukan negara

ByRegina Lee

SIBU, 18 Mei: Sarawak meyakini akan menjayakan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 dengan baik sekali gus temasya itu memberi impak positif kepada perkembangan sukan negara.

Hasrat itu menurut Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee seiring dengan harapan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar SUKMA 2024 kali ini bakal menjadi penganjurannya yang terbaik berbanding sebelum ini.

“Sarawak diamanahkan dengan tanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang kondusif, berikan sokongan yang berkekalan, dan memastikan setiap peserta merasai pengalaman bermakna.

“Harapan terbesar kita untuk melihat kejayaan cemerlang atlet-atlet Sarawak dalam meraih pingat emas sebanyak mungkin dan akan mencipta rekod kejohanan, sekaligus menaikkan imej Sarawak sebagai kuasa sukan di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 peringkat Bahagian Sibu di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XXI Sarawak 2024 Datu Hii Chang Kee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dolhadi Marzuki dan disaksikan Pemangku Residen Bahagian Sibu Christopher Ranggau Unting.

Dalam pada itu, Michael menyeru agar semua rakyat Sarawak untuk keluar meraikan temasya berprestij itu dengan memberi sokongan padu dan semangat juang kepada atlet Sarawak yang bertanding.

“Kita menjangkakan lebih 12,000 jumlah atlet dan pegawai yang akan turut serta dalam SUKMA manakala lebih 2,000 atlet dan pegawai bagi Para SUKMA.

“Beri sokongan sorak juga kepada atlet negeri-negeri lain yang turut bertanding, tunjukkan bahawa Sarawak orangnya peramah dan hidup harmoni bersatu dalam kepelbagaian bangsa, budaya dan agama,” katanya lagi.

Sibu menjadi tuan rumah bagi tiga acara sukan iaitu sukan bola sepak (lelaki) Stadium Tun Zaidi dan Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim Sibu Jaya, sukan badminton di Sibu Indoor Stadium dan sukan bola tampar di Dewan Bola Tampar Rejang Park Sibu.

Dianggarkan penyertaan atlet untuk SUKMA 2024 di Bahagian Sibu adalah seramai 726 penyertaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan