Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol menyampaikan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM12,000 kepada wakil penduduk di Kuala Tatau Foto Salasiah Safian (TVS)

Penduduk Kuala Tatau terima MRP RM12,000 daripada Abdullah Saidol

BySalasiah Safian

KUALA TATAU, 18 Mei: Prihatin terhadap keperluan penduduk di Kuala Tatau mengadakan program kemasyarakatan peruntukan di bawah projek kecil luar bandar (MRP) sejumlah RM12,000 telah diagihkan kepada lima jawatankuasa setempat di sini.

Peruntukan tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol pada Program UKAS bersama Komuniti @Kuala Tatau 2024 di Padang Futsal Kampung Haji Ismail, Kuala Tatau, hari ini.

Barisan jawatankuasa yang terlibat adalah Kampung Hilir, Kampung Dagang, Kampung Nour Iman, Kampung Seberang Jaya dan Kampung Haji Ismail dan Kumpulan Tandak Remang SMK Tatau dengan masing-masing menerima peruntukan RM2,000

Program bermula seawal jam 7 pagi itu diwarnai dengan beberapa aktiviti seperti Pertandingan ‘Ngail’, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Gerai JKKK antara lima buah kampung dalam kawasan Kuala Tatau.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samuel Simon.

Program UKAS bersama Komuniti @Kuala Tatau merupakan program yang kedua dianjurkan oleh UKAS selepas Tulai, Meradong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan