Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 18 orang pasukan peronda ditugaskan bagi memberikan khidmat menunjuk arah serta memantau jemaah haji yang tersasar atau tersesat mencari jalan di Masjidil Haram atau jalan pulang ke maktab penginapan. Foto TVS

Haji: Unit peronda TH berkhidmat 24 jam, pantau jemaah Malaysia

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 18 Mei: Pasukan Khidmat Pelanggan Tabung Haji (TH) komited memastikan keselamatan jemaah haji sepanjang berada di tanah suci pada musim haji 1445H/2024M.

Pengurus khidmat pelanggan, Ibu Pejabat Mekah Mohamad Zakee Mohd Zaludin berkata, pada tahun ini TH menempatkan seramai 18 orang pasukan peronda bagi memberikan khidmat menunjuk arah serta memantau jemaah haji yang tersasar atau tersesat mencari jalan di Masjidil Haram atau jalan pulang ke maktab penginapan.

“Kita ada lapan kawasan yang telah kita kenal pasti di sekitar Masjidil Haram, ia melibatkan dua kawasan di sekitar Marwah, kemudian di pintu Al Salam, dataran Safwah, dataran laluan ke Misfalah dan juga berhadapan dengan King Abdullah.

“Kebiasaanya jemaah baru sampai, ada yang tidak mengenali dan begitu arif menganai jalan di kawasan Masjidil Haram, tambahan pula kebanyakan dikalangan jemaah haji negara berusia dan menghadapi kesukaran untuk mengingati jalan pulang oleh sebab itu kita tempatkan lapan kawasan tumpuan untuk melihat pergerakan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Jumaat.

40 orang PIHTAS bantu tangani kemusykilan jemaah haji

Menurutnya lagi unit peronda TH itu akan mengenakan baju dan topi berwarna merah serta memakai seluar berwarna hitam.

Dalam pada itu, Mohamad Zakee berkata terdapat tiga lagi unit lain yang akan membantu pasukan khidmat pelanggan bagi menyantuni Duyufurrahman atau tetamu Allah.

Menurutnya ia melibatkan unit Albraj Al Janadriah yang berpusat di Ibu Pejabat TH di Mekah, unit yang beroperasi di Land Premium dan satu lagi unit beroperasi di Madinah.

“Empat unit kesemuanya telah diaktifkan dan beroperasi secara rasminya di Tanah Suci,” katanya lagi.

Kongsinya lagi pengurusan di pusat khidmat pelanggan ini lebih tertumpu dalam memberikan maklum balas kepada setiap aduan, pertanyaan dan juga permasalahan yang dikemukakan oleh jemaah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan