Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027

ByBernama

BANGKOK, 18 Mei: Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 di sini pada Jumaat, lapor Xinhua.

Brazil menerima 119 undi daripada Kongres, mengalahkan bidaan bersama Belgium, Belanda dan Jerman yang memperoleh 78 undi.

Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.

FIFA sebelum ini menerima dua tawaran awal untuk menjadi tuan rumah acara 2027 itu, iaitu bidaan bersama oleh Amerika Syarikat dan Mexico dan bidaan tunggal dari Afrika Selatan tetapi kemudian mereka menarik diri untuk memberi tumpuan kepada bidaan untuk kejohanan pada tahun 2031.

Piala Dunia Wanita FIFA 2023 telah diadakan di Australia dan New Zealand, di mana Sepanyol merangkul gelaran juara. -TVS

Berita Berkaitan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan