Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata bayi seberat tiga kilogram dan cukup sifat itu ditemukan oleh seorang pemandu lori ayam kira-kira 7.30 pagi.

Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam

ByBernama

CHUKAI, 18 Mei: Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Terengganu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata bayi seberat tiga kilogram (kg) dan cukup sifat itu ditemukan oleh seorang pemandu lori ayam kira-kira 7.30 pagi.

“Bayi itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

“Saya meminta kerjasama klinik swasta dan kerajaan untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada menerima kes wanita baru melahirkan anak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, pemilik kedai ayam berkenaan Raja Mahidi Raja Ayub, 38, berkata bayi berkenaan ditemukan dalam keadaan sudah tertanggal tali pusat dan menggigil kesejukan.

“Pada mulanya pemandu lori berkenaan menyangka tangisan bayi itu datang daripada anak kucing. Selepas diperiksa dia terkejut bayi itu ditemukan atas lantai dengan hanya beralaskan baju.

“Tahun lepas pernah berlaku insiden sama di kawasan ini tetapi melibatkan bayi perempuan,” katanya -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan