Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berucap pada Majlis Perasmian Gawai Dayak Bazaar 2024 di Mjc Batu Kawa di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Autonomi pendidikan: Sarawak bincang dengan KPM turunkan kuasa, keberkesanan pengajaran

KUCHING, 18 Mei: Kerajaan Sarawak bakal mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan beberapa perkara berhubung tuntutan autonomi pendidikan bagi meningkatkan keberkesanan kaedah pengajaran di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata pihaknya perlu mendapatkan persetujuan di peringkat persekutuan kerana KPM masih bertanggungjawab dalam pendidikan sekali gus bagi memudahkan kerjasama kerajaan negeri bersama Jabatan Pendidikan.

“Saya percaya mereka sangat responsif, mereka sangat bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Majlis Perasmian Gawai Dayak Bazaar 2024 di MJC Batu Kawa di Kuching pada Jumaat.

Menurutnya penurunan kuasa dan desentralisasi pendidikan akan membolehkan Sarawak mempunyai kebebasan dalam membuat keputusan berkaitan kaedah pembelajaran sedia ada.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata sebanyak 15 perkara yang dipersetujui, sedang didokumentasikan bersama KPM bagi tujuan pelaksanaan autonomi pendidikan di Sarawak.

Beliau berkata, 15 perkara itu sangat komprehensif kepada Kerajaan Persekutuan sebagai sebahagian daripada rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ia bertujuan untuk penurunan kuasa dalam pendidikan dalam rangka kerja perenggan 17 Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962 sekaligus memudahkan Sarawak menterjemahkannya kepada pekeliling bagi melancarkan pelaksanaannya.

Antara 15 perkara yang telah dicapai dalam rundingan berkaitan autonomi pendidikan itu ialah persetujuan untuk Pengarah Pendidikan Negeri diberi kuasa meluluskan mana-mana projek yang dibiayai kerajaan negeri di Sarawak serta pihak lain, tanpa perlu menunggu kelulusan Putrajaya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan