Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Politeknik Negeri Bandung (POLBAN) dan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) anjur program Advanced Sustainable Technology International Conference 2024 (ASTECH 2024). Foto poster ASTECH 2024

ASTECH 2024: Persidangan Malaysia, Indonesia terokai TVET di Kuching

ByOdleen Catherny

KUCHING, 18 Mei: Malaysia dan Indonesia bekerjasama menerusi Politeknik Negeri Bandung (POLBAN) dan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) menganjurkan program Advanced Sustainable Technology International Conference 2024 (ASTECH 2024) pada 5 hingga 6 Ogos 2024 di Hotel Waterfront, di sini.

PKS menerusi kenyataan di laman webnya memaklumkan, ASTECH 2024 bakal menjadi platform dalam penerokaan kemampanan teknologi terkini dalam kejuruteraan, teknologi, sains, program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan pendidikan.

Pada masa sama, persidangan bertaraf antarabangsa membabitkan kolaboratif dua negara itu menjadi pemangkin dan seterusnya memupuk ekosistem penyelidikan dan inovasi yang dinamik.

“Perhimpunan ini meletakkan sasaran untuk mengumpul ahli akademik global, para sarjana, penyelidik dan pakar industri.

Forum ini mewujudkan suasana perkongsian ilmu dan idea-idea baharu,” kata kenyataan itu.

ASTECH 2024 dengan tema Fostering Research and Innovation for Sustainable TVET Development: Pathways to Resilient Future turut berhasrat untuk memacu kemajuan dalam domain penting membabitkan kejuruteraan, teknologi, sains, TVET dan pendidikan, sejajar dengan prinsip Industri 4.0

Persidangan itu turut membabitkan kerjasama Kolej SIDMA Sarawak, Persatuan Teknologi Malaysia (TAM) dan Persatuan Juruteknik Profesional dan Juruteknologi (APTT).

Pemain industri dan setiap individu yang berminat untuk menyertai persidangan berkenaan dipelawa untuk menghantar penyelidikan (call for paper) masing-masing sebelum 2 Jun 2024. – TVS

Maklumat lanjut sila layari http://www.poliku.edu.my/astech/

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan