Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkongsi pandangan mengenai ekonomi baharu Sarawak di Universiti Malaya hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Abang Johari ‘dedah rahsia’ bagaimana Sarawak terlibat hasilkan hidrogen

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini berkongsi ‘rahsia’ dengan pelajar Sarawak di Semenanjung Malaysia bagaimana wilayah itu boleh ‘terlibat’ dengan penghasilan hidrogen.

Premier Sarawak itu berkata, beliau terbaca mengenai tenaga itu dan memohon kebenaran Ketua Menteri Sarawak ketika itu Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem ke Frankfurt, Jerman untuk membuat kajian.

Di negara itu Abang Johari berkata, beliau bertemu dengan pengurusan Air Liquid, sebuah syarikat teknologi yang membuat kajian bidang berkenaan.

Syarikat Thailand mahu kukuh kerjasama dengan Kerajaan Sarawak

“Dalam pertemuan itu, saya bertanya kepada mereka ada kemungkinan pada masa hadapan kereta akan dikuasakan oleh air, namun tiada jawapan diberikan.

“Hari kedua, apabila hendak pulang, mereka beri cenderamata kepada saya yang berupa sebuah kereta kecil dan kata mereka,  kereta itu dikuasakan oleh hidrogen. Saya bertanya kenapa mereka tidak beritahu semalam dan mereka jawab kerana agak terkejut dengan soalan saya,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Diskusi Belanjawaan Kerajaan Sarawak anjuran Persatuan Anak Sarawak Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Syarikat Thailand mahu kukuh kerjasama dengan Kerajaan Sarawak

Lebih 400 pelajar Sarawak dari beberapa universiti hadir ke program berkenaan.

Turut mengiringi Abang Johari ialah Menteri Utiliti dan Telekomunisi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan)Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Syarikat Thailand mahu kukuh kerjasama dengan Kerajaan Sarawak

Abang Johari berkata, selepas pulang dari negara berkenaan, dia mengkaji potensi hidrogen dengan lebih serius.

“Apabila menjadi Ketua Menteri, saya terus jadikan hidrogen sebagai future fuel untuk Sarawak,” katanya.

Abang Johari berkata, beliau menyedari potensi bidang itu kerana tenaga berkenaan dijana menerusi ‘kuasa’ air dan Sarawak mempunyai banyak empangan serta sungai.

“Disebabkan oleh perubahan iklim, kita cari alternatif sumber minyak yang mesra alam sekitar dan salah satunya air (hidrogen) dan kebetulan kita banyak sumber di Empangan Bakun, Empang Batang Ai dan Murut.

Syarikat Thailand mahu kukuh kerjasama dengan Kerajaan Sarawak

“Menerusi proses tertentu kita kita hasilkan fuel yang bersih dan Sarawak merupakan wilayah pertama di rantau ini yang berbuat demikian,” katanya.

Tambah Abang Johari usaha Sarawak mula membuka mata negara luar sehingga beliau dijemput berkongsi pengalaman di Rotterdam, Belanda dan semalam, di Bangkok Thailand pada Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024.

Abang Johari memaklumkan, pada September ini beliau dijemput memberi pandangan pada Sidang Kemuncak Hidrogen Asia Pasifik di Brisbane, Australia. – TVS

 

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan