Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perlembagaan Persekutuan menetapkan prinsip jus soli (hak berdasarkan tempat lahir) dan jus sanguinis (hak berdasarkan darah keturunan)  serta kelahiran yang sah bagi tujuan menentukan kewarganegaraan, selain perlindungan kepada anak-anak yang ditinggalkan serta mereka yang tidak mempunyai kerakyatan.Foto hiasan Envato

987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023 – Dzulkefly

ByBernama

CYBERJAYA, 18 Mei: Sebanyak 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata‬‭ Kementerian Kesihatan (KKM)‬‭ memandang‬‭ tinggi‬‭ kepentingan‬ pengesanan‬‭ awal‬‭ masalah‬‭ pendengaran dan program UNHS iaitu saringan pendengaran‬‭ bayi‬‭ baru‬‭ lahir‬‭ merupakan petunjuk prestasi utama (KPI)‬‭ 100‬‭ hari‬‭ Menteri‬‭ Kesihatan‬‭ sejak‬‭ ‬‭2023.‬

“‭Alhamdulillah,‬‭ berkat‬‭ kesungguhan‬‭ dan‬‭ kerjasama‬‭ semua‬‭ pihak. Bermula‬‭ 13‬‭ Dis 2023‬‭ hingga‬‭ 21‬‭ Mac‬‭ 2024 pula, sebanyak 68‬‭,823‬‬ bayi‬‭ baru‬‭ lahir iaitu‬‭ 138 peratus daripada‬‭ sasaran‬‭ KPI‬‭ yang‬‭ ditetapkan telah‬ berjaya disaring pendengaran mereka sebelum mencapai umur 29 hari,” katanya.

Dzulkefly berkata ‬‭menerusi Belanjawan‬‭ 2024,‬‭ sebanyak‬‭ RM130‬‭ juta‬‭ telah‬‭ diperuntukkan‬‭ untuk memperhebat‬‭ aktiviti‬‭ pencegahan‬‭ penyakit‬‭ bagi memastikan‭ kesejahteraan‬‭ keluarga‬‭ Malaysia‬‭ MADANI‬‭ supaya‬‭ kekal‬‭ afiat.‬‭

“Peruntukan‬ ini‬‭ turut‬‭ melibatkan‬‭ program‬‭ saringan‬‭ pendengaran‬‭ bayi baru‬‭ lahir‬ ‭yang‬‭ akan‬‭ digunakan‬‭ ke‬‭ arah‬‭ meningkatkan‬‭ liputan‬‭ saringan‬‭ bayi‬‭ bagi‬ membolehkan‬‭ bayi‬‭ dan‬‭ kanak-kanak‬‭ bermasalah‬‭ pendengaran dapat‬‭ mencapai‬‭ potensi‬‭ diri‬‭ yang‬‭ maksimum‬,‬‭ seterusnya menyumbang semula ke arah pembangunan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata KKM‬‭ selaku‬‭ Urusetia‬‭ Tabung‬‭ Bantuan‬‭ Perubatan‬‭ akan‬‭ mempertimbangkan‬‭ permohonan‬‭ rakyat‬‭ Malaysia‬ termasuk‬‭ pesara‬‭ kerajaan‬‭ atau‬‭ ahli keluarga‬‭ penjawat awam‬‭ ‬‭untuk‬‭ perolehan‬‭ peralatan‬‭ pendengaran‬‭ atau‬‭ pembedahan‬‭ implan‬ koklea‬‭.

Katanya, bilangan‬‭ pemasangan‬‭ implan koklea‬‭ yang‬‭ telah‬ dilaksanakan‬‭ di‬‭ bawah‬‭ Program‬‭ Implan‬‭ Koklea‬‭ KKM‬‭ sepanjang‬ ‬‭ 2019‬‭ hingga‬‬‭ 2023‬‭ melibatkan‬‭ sejumlah‬‭ 272‬‭ unit‬‭ yang‬ telah‬‭ menelan‬‭ belanja‬‭ kira-kira RM21‬‭ juta‬‭.‬‭

“Usaha ini memberi peluang kepada‬‭ anak-anak‬‭ yang‬‭ mempunyai‬‭ masalah‬‭ pendengaran‬‭ untuk‬ ‭mendengar‬‭ dengan‬‭ lebih‬‭ baik‬‭ dan‬‭ seterusnya‬‭ memperkasakan‭ golongan ini terutama dalam pembelajaran,” katanya.

Semua pihak juga kata Dzulkefly, perlu meruntuhkan‬‭ stereotaip‬‭ dan‬‭ stigma‬‭ yang‬ ‭melanda‬‭ masyarakat‬‭ terhadap‬‭ individu‬‭ yang‬‭ menggunakan‬‭ alat‬‭ bantu‭ dengar.‬ – TVS

 

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan