KUCHING, 17 Mei: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurkan siri seminar dengan pelbagai topik yang berkaitan dengan Pengurusan Seni.
Menurut Pelajar Tahun 3, Norhafika Nawawi, aktiviti bertujuan bagi menggalakkan lebih ramai peserta untuk menyertai program tersebut.
“Aktiviti seminar ini dijalankan untuk memenuhi keperluan kelas GKP 3253 Seminar Pengurusan Seni.
“Terdapat tiga seminar yang akan dijalankan pada tiga tarikh, masa dan lokasi yang berbeza bagi tujuan kelas tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Siri pertama telah membincangan topik mengenai The Significane of Hosting And Attending Community Feasts From The Ethno-Archeological Perspective yang akan diadakan pada 16 Mei 2024 bertempat di Auditorium PeTARY, UNIMAS.
Manakala, siri kedua mengupas topik mengenai Sejarah Kesultanan Sambas yang diadakan pada hari ini, 17 Mei 2024 bertempat di Auditorium Borneo Culture Museum.
Ujar Norhafika lagi, siri ketiga iaitu Traditional Knowledge akan dianjurkan pada 6 Jun 2024 di Pustaka Negeri Sarawak.
Seramai tiga ahli panel yang berpengalaman bakal dijemput dalam seminar ini antaranya, Dr. Ipoi Datan, Pangeran Ratu Raden Muhammad Tarhan dan Datu Professor Dr Rashidah Bolhassan.
Sebarang pertanyaan mengenai seminar, boleh menghubungi Norhafika melalui email ini 80462@siswa.unimas.my, atau pada talian 0136551092. – TVS