Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Pahang akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM8,000 kepada keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq, 22, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi, pada esok. Foto Wan Rosdy Wan Ismail (FB)

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Pahang sumbang RM8,000 kepada keluarga mangsa

ByBernama

KUANTAN, 17 Mei: Kerajaan Pahang akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM8,000 kepada keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq, 22, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi, pada esok.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk membantu keluarga Allahyarham dan telah meminta pegawainya untuk menghubungi mereka bagi tujuan tersebut.

“Kerajaan negeri akan bantu mana yang perlu kerana ini merupakan satu kejadian yang menyayat hati kita semua dan berita sedih buat rakyat negeri Pahang. Saya telah meminta pegawai menghubungi keluarga (Allahyarham) untuk membantu mana yang boleh dan (hantarkan sumbangan) kerana (saya) ada progam di Jerantut.

“(Daripada jumlah itu) Bantuan RM5,000 adalah daripada kerajaan negeri manakala RM3,000 adalah bantuan peribadi saya,” katanya kepada media selepas merasmikan Pejabat Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) Pahang di sini hari ini.

Dalam kejadian serangan pada 2.45 pagi tadi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 tahun serta suspek yang berumur 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera.

Suspek lelaki ditembak mati itu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah dan serbuan telah dilakukan ke rumah suspek di Ulu Tiram yang membawa kepada penahanan lima ahli keluarganya berumur 19 hingga 62 tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan