Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Dato Sri Fatimah Abdullah mernyempurnakan simbolik pecah tanah pada Majlis Pecah Tanah Tapak Bangunan Baharu Persatuan Autisme Kuching di Batu Kawa pada Jumaat. Foto TVS

Sarawak peruntuk RM4.17 juta bina bangunan baharu Persatuan Autisme Kuching

KUCHING, 17 Mei: Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana berjumlah RM4.17 juta bagi pembinaan bangunan baharu Persatuan Autisme Kuching (PAK), di sini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Dato Sri Fatimah Abdullah meyakini bahawa fasaliti baharu terbabit akan memberi manfaat serta memenuhi keperluan kepada golongan autisme untuk melaksanakan pelbagai aktiviti di masa hadapan.

“Untuk PAK, jumlah peruntukan yang diberikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah sebanyak RM4,179,000 bagi pembinaan bangunan baharu PAK ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Tapak Bangunan Baharu Persatuan Autisme Kuching di Batu Kawa pada Jumaat.

Munurutnya, kos pembinaan keseluruhan bagi bangunan baharu tersebut adalah RM5,117,224 susulan itu KPWK turut menyumbangkan RM10,000 bagi membantu menampung serta memenuhi keperluan tambahan persatuan terbabit.

Majlis hari ini turut disaksikan 30 warga PAK yang terdiri daripada pihak pengurusan, ibu-bapa serta anak-anak dari pusat tersebut hari pada majlis itu.

Hadir sama, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu serta Setiausaha Tetap KPWK, Datu Felicia Tan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan