Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 kini kembali memberikan suasana lebih meriah dan menjanjikan pengalaman lebih menarik apabila pembeli tiket ke festival itu berpeluang memenangi hadiah luar biasa bernilai lebih RM100,000 dengan menyertai pertandingan kemahiran dan menjawab soalan mudah. Foto Lembaga Pelancongan Sarawak (STB)

RWMF 2024: Pembeli tiket berpeluang menang Mitsubishi Triton 4X4

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 17 Mei: Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 kini kembali menjanjikan kemeriahan dan pengalaman lebih menarik dengan pembeli tiket ke festival itu berpeluang memenangi hadiah luar biasa bernilai lebih RM100,000 dengan menyertai pertandingan kemahiran dan menjawab soalan mudah.

Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dalam satu kenyataan berkata, pada RWMF tahun ini, hadiah yang ditawarkan kepada pembelian pas tiga hari untuk dewasa (Adult 3-Day pass) adalah Mitsubishi Triton 4X4 VGT AT Premium atau motosikal elektrik, Ebixon Bold EV Bike manakala pembeli tiket pas satu hari untuk dewasa (Adult 1-Day pass) layak memenangi basikal elektrik.

“Bagi pembeli tiket baharu, pautan untuk menyertai peraduan akan dihantar oleh Ticket2U.com melalui e-mel bersama dengan pembelian tiket.

“Pembeli tiket lebih awal boleh mengakses peraduan sama ada melalui RWMF.net atau platform tiket Ticket2U,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Sementara itu, STB berkata, festival tersebut akan berlangsung pada 28 hingga 30 Jun ini di Kampung Budaya Sarawak (SCV) bermula 10 pagi membarisi beberapa penghibur antarabangsa dan tempatan, antaranya Kitaro, Kelab Sosial Havana, Dato’ Zainalabidin serta artis berbakat Sarawak, Belle Sisoski dan ramai lagi.

Katanya, bertemakan EVOLUTION, RWMF 2024 mempamerkan 21 persembahan secara keseluruhannya yang terdiri daripada 68 pemuzik antarabangsa dari 14 negara sepanjang enam benua bersama 63 artis dari Malaysia.

“Festival ini juga menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan, di mana kemampanan bersilang dengan landskap hutan hujan, memperkasakan belia untuk bersatu.

“Pengunjung yang hadir juga boleh mendengar irama muzik seluruh dunia sambil menyokong pelancongan yang bertanggungjawab sebagai cara memupuk amalan mampan dan melindungi alam sekitar,” katanya.

Menurut STB, pelbagai persembahan antarabangsa lain termasuk Alright Mela Meets Santoo (Pakistan/Perancis), Bourbon Lassi (Australia/Malaysia), Imarhan (Algeria/Perancis), Krakatau Ethno (Indonesia), Nini (Taiwan/USA), Rizal Hadi dan Rakyat (Indonesia), Rhythm Rebels Menampilkan Selonding Bali Aga (Indonesia), dan Tribal Tide (Singapura).

“Selain itu, pengunjung RWMF 2024 juga akan dihiburkan dengan persembahan artis Malaysia yang lain seperti The Borneo Collective, Adrian G, Alena Murang, Nisa Addina, Salammusik, The Color of Sound’s Malaysia, Tuni Sundatang and Zarul @OurBodySound,” ujarnya.

Tambahnya, tiket pas tiga hari yang berharga RM635 untuk dewasa menyediakan kemudahan akses kepada semua yang ditawarkan oleh RWMF 2024.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman web rasmi Rainforest World Music Festival 2024 di www.rwmf.net. atau platform tiket Ticket2U. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan