Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang mangsa anggota polis yang ditembak Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, Abdul Salam, 33, ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini. Foto Bernama

Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga – Abang

ByBernama

JOHOR BHARU, 17 Mei: “Dia membanggakan keluarga, kami reda dengan pemergiannya,” itu luahan abang kepada Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini awal pagi tadi.

Abdul Salam Ahmad Said, 33, yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail di sini berkata adiknya itu memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.

Abdul Salam yang juga anggota polis berkhidmat di Kuala Lumpur berkata dia sendiri sanggup menemani Muhamad Syafiq bermula daripada proses permohonan sehingga bergelar anggota polis.

“Dia (Muhamad Syafiq) memang minta mahu jadi polis dan saya sendiri bawa dia untuk temu duga dan proses seterusnya,” katanya yang memaklumkan kali terakhir berjumpa adiknya pada Januari lepas.

Abdul Salam berkata walaupun kejadian yang menimpa anak ketujuh daripada lapan beradik itu memberi kesan kepada keluarga, mereka berbangga apabila adiknya itu dapat berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia dalam tempoh kira-kira dua tahun.

Dalam kejadian serangan yang berlaku pada 2.45 pagi tadi, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 tahun serta suspek yang berumur 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera.

Suspek lelaki yang ditembak mati itu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah dan serbuan telah dilakukan ke rumah suspek di Ulu Tiram yang membawa kepada penahanan lima ahli keluarganya berumur 19 hingga 62 tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan