Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Operasi Kewangan bagi Musim Haji 1445H/2024M, Anisuati Yahya. Foto TVS

Haji: 7,000 jemaah sertai ibadah korban setakat ini

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 17 Mei: Seramai 7,000 jemaah haji Malaysia menyempurnakan ibadah korban di Mekah melalui perkhidmatan digital THiJARI dan pejabat cawangan setakat ini.

Pengarah Operasi Kewangan bagi Musim Haji 1445H/2024M, Anisuati Yahya berkata pembayaran dam tahun ini ditetapkan pada kadar RM725 bagi seekor kambing atau kibas seterusnya daging sembelihan terbabit akan diagihkan kepada penduduk yang layak di Mekah.

Manakala, menurutnya kadar pembayaran korban pula ditetapkan pada RM936 untuk seekor kambing atau kibas dan urusan pengagihan akan dilaksanakan oleh Islamic Development Bank (IDB) kepada penduduk Islam yang layak terutamanya di rantau negara teluk dan benua Afrika.

“Dam pula kita laksana selepas operasi haji iaitu pada bulan Muharam, jemaah haji akan lebih selesa kerana dam TH dilaksanakan secara teratur dan baik.

“Setakat ini tiada masalah, semua transaksi boleh dibuat menerusi THiJari dan juga melalui kaunter di tanah air menggunakan debit akaun,”kata Anisuati Yahya ketika ditemui pemberita di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu Anisuati menambah sepanjang operasi haji tahun ini, pasukan kewangan diberi tanggungjawab menguruskan aktiviti kewangan terutamanya bayaran utama operasi haji, keperluan tunai ditangan dan memberi khidmat sokongan kepada jemaah haji yang menggunakan kad debit i-TH dengan menyediakan kaunter perkhidmatan kad.

“Keseluruhan anggota pasukan kewangan adalah 21 orang dan dibantu dua orang Pembantu Petugas Haji (PATUH) yang mahir dengan cara kerja dan persekitaran di Tanah Suci,” ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan