Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei perlu menggunakan kelebihan diletakkan sebagai pilihan utama pada Masters Malaysia 2024 minggu depan dengan merangkul gelaran sulung mereka di laman sendiri tahun ini. Foto fail AFP

Tang Jie – Ee Wei perlu manfaat peluang rangkul gelaran Masters Malaysia 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei perlu menggunakan kelebihan diletakkan sebagai pilihan utama pada Masters Malaysia 2024 minggu depan dengan merangkul gelaran sulung mereka di laman sendiri tahun ini.

Ketua jurulatih beregu campuran negara Nova Widianto berkata selain muncul juara, beliau percaya kejohanan tersebut menjadi medan buat gandingan kesembilan dunia itu menguji tahap kekuatan mental menjelang Sukan Olimpik 2024 di Paris, dijadual berlangsung dari 26 Julai-11 Ogos ini.

“Saya optimis mereka boleh mendapat hasil yang bagus di Masters Malaysia namun bermain di tempat sendiri bukan mudah dan mungkin ujian paling berat sebelum ke Sukan Olimpik 2024.

“Walaupun mendapat banyak sokongan penonton namun mereka boleh berasa gementar dan saya berharap Tang Jie-Ee Wei mampu atasinya,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan semalam.

Bekas pemenang pingat perak di Sukan Olimpik 2008 itu juga mahu melihat pasangan negara itu mampu menampilkan karakter ‘sang juara’ yang tidak mudah mengalah pada kejohanan bertaraf Super 500 berlangsung di Axiata Arena itu.

“Ada kalanya ketika mereka sedang mengejar mata dan mendahului namun terus buntu, itu masalah yang sering dihadapi selama ini,” katanya.

Tang Jie-Ee Wei akan membuka tirai kempen Masters Malaysia kali ini menentang beregu Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong.

Daripada lapan kejohanan disertai tahun ini, Tang Jie-Ee Wei pernah muncul naib juara sebanyak dua kali pada Masters Thailand 2024 Februari lepas, diikuti Terbuka Swiss 2024 sebulan kemudian. – TVS

 

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan