Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah bersama pesara-pesara guru pada Majlis Hi-Tea Pesara Guru di kediamannya. Foto, Amirah Shawel (TVS).

Manfaat rawatan kesihatan baharu Kenyalang Gold Card bermula Julai

ByAmirah Shawel

KUCHING, 16 Mei: Kerajaan Sarawak akan menawarkan manfaat rawatan kesihatan baharu kepada pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) bermula Julai ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata inisiatif itu membolehkan pemegang kad untuk mendapatkan rawatan kesihatan di klinik swasta dengan jumlah debit sebanyak RM500 setahun.

Menurutnya, manfaat itu akan diberikan kepada golongan B40 pada tahun pertama pelaksanaannya.

“Susulan pelaksanaan inisiatif ini, Bantuan Ihsan Kematian akan dikurangkan daripada RM3,000 kepada RM1,800,” katanya pada Majlis Hi-Tea bersama pesara guru di kediamannya di sini, hari ini sempena Hari Guru.

Fatimah turut berharap manfaat tersebut juga akan dapat dilaksanakan kepada golongan M40 pada masa akan datang.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini kementeriannya mencatatkan seramai 286,399 pemegang KGC dan dijangka akan terus meningkat.

Menurutnya, terdapat 611 rakan strategik program itu di seluruh Sarawak.

KGC merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Sarawak dalam menyediakan kemudahan kepada rakyat Sarawak yang berumur 60 tahun ke atas termasuk diskaun dan rebat barangan runcit, makanan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi dan pengangkutan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan