Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penerbangan GA-1105 berjenis pesawat Boeing 747-400 yang di dikendalikan syarikat penerbangan negara, Garuda Indonesia melakukan pendaratan kecemasan akibat salah satu enjin mengeluarkan api. Foto Angkasa Pura 1

Enjin pesawat terbakar di Sulawesi Selatan, semua jemaah haji selamat

ByTVS

JAKARTA, 16 Mei: Pesawat Garuda Indonesia yang membawa 450 jemaah haji dari wilayah Makassar melakukan pendaratan cemas susulan sebuah enjinnya meletup dan terbakar sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin, Maros, Sulawesi Selatan.

Menurut Pengurus Pihak Berkuasa Angkasa Pura lapangan terbang Sultan Hasanuddin Makassar, Taochid Purnomo Hadi, sejurus selepas pesawat 747-400t itu berlepas, pihaknya menerima maklumat pesawat itu mengalami masalah teknikal dan enjin sebelah kanan terbakar.

“Selepas mendapat maklumat mengenai masalah teknikal itu, Angkasa Pura I dan pihak berkepentingan Jawatankuasa Gerakan Kecemasan segera dimaklumkan di lapangan terbang dan pesawat itu mendarat semula,” katanya.

Pesawat akhirnya selamat mendarat pada jam 5.07 petang semalam dan semua jemaah dibawa pulang ke Asrama Haji Sudiang Makassar.

Sementara itu, syarikat itu akan menjalani pemeriksaan serta siasatan berhubung kejadian itu dan semua jemaah haji akan dihantar ke tanah suci dengan pesawat lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan