Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan AFP

Arab Saudi lancar 15 garis panduan haji dalam 16 bahasa termasuk Bahasa Melayu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah melancarkan 15 panduan kesedaran terperinci dalam 16 bahasa termasuk bahasa Melayu bagi mempermudah perjalanan jemaah haji pada tahun ini.

Kementerian itu menerusi akaun rasmi X pada Rabu berkata inisiatif berkenaan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan segala urusan jemaah haji dan umrah dalam melaksanakan ibadah selari dengan Wawasan 2030 negara itu.

Inisiatif itu juga bertujuan meraikan tetamu Allah yang datang dari seluruh dunia dengan cara memudahkan mereka melaksanakan ibadah selain salah satu usaha kementerian berkomunikasi dengan jemaah bagi meningkatkan kesedaran mereka semasa musim haji 1445H/2024.

Kementerian itu berkata panduan berkenaan merangkumi semua peringkat perjalanan jemaah haji daripada prosedur persediaan perjalanan, pelaksanaan ibadah haji dan umrah hingga kepulangan jemaah ke negara asal.

Panduan itu boleh diakses menerusi laman sesawang rasmi kementerian: https://www.haj.gov.sa/.

“Panduan ini menyediakan jawapan bagi semua soalan lazim para jemaah dalam 16 bahasa termasuk bahasa Arab, Inggeris, Perancis, Urdu, Bengali, Indonesia, Hausa, Amhara, Parsi, Sepanyol, Turki, Sinhala, Uzbek, Rusia dan Melayu”, katanya.

Kementerian itu berkata panduan berkenaan turut menyediakan maklumat dan arahan undang-undang dan kesihatan, prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi jemaah dalam bahasa yang mudah, gambar, lukisan terperinci serta koleksi klip video dan audio. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan