Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Bangkok Thailand hari ini bagi menghadiri Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024 yang akan berlangsung di Queen Sirikit National Convention Center. Foto Alex Teo (TVS)

Abang Johari tiba di Bangkok hadiri Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024

ByZhahrulniza

BANGKOK, 16 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Bangkok, Thailand hari ini bagi menghadiri Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024 yang akan berlangsung di Queen Sirikit National Convention Center.

Ketibaan beliau sekitar jam 1:25 petang disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB), Sharbini Suhaili di sebuah hotel di sini.

Turut mengiringi Abang Johari ialah Menteri Utiliti dan Komunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Hipni serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama delegasi yang lain.

Abang Johari dijadual akan berucap pada Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024 pada Jumaat Ini.

Beliau sekali lagi dijemput untuk menyampaikan ucapan di pentas persidangan serantau bagi berkongsi pandangan mengenai inisiatif Sarawak dalam pembangunan ekonomi hijau dan peralihan tenaga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan