Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peranan Agregator Gas akan membolehkan PETROS melabur dalam infrastruktur gas untuk mempercepatkan pembangunan empat hab strategik di bawah Pelan Hala Tuju Gas Sarawak yang akan menarik lebih RM100 bilion peluang Pelaburan Langsung Asing dan Pelaburan Langsung Domestik. Foto fail BN (TVS)

DUN Sarawak: PETROS sebagai agregator gas, tarik lebih RM100 bilion FDI, DDI

BySalasiah Safian

KUCHING, 15 Mei: Peranan Sarawak Bhd (PETROS) sebagai agregator gas membolehkan agensi itu melabur dalam infrastruktur gas bagi mempercepat pembangunan empat hab strategik di bawah Sarawak Gas Roadmap sekali gus menarik lebih RM100 bilion dalam peluang bagi Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI).

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, PETROS dan PETRONAS kini sedang bekerjasama dalam memastikan peralihan yang lancar bagi peranan agregator gas yang dijangka akan selesai menjelang suku ketiga 2024.

“Pelantikan PETROS sebagai agregator gas untuk Sarawak menandakan satu langkah penting ke hadapan ke arah mengurus sumber gas kita bagi memastikan ketersediaan gas di dalam negara untuk penjanaan kuasa serta industri baharu dan sedia ada yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan dan pembangunan di seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Sejak Mac 2024, PETROS telah memulakan penglibatan dengan PETRONAS mengenai Ordinan Pengagihan Gas (DGO) (Pindaan) 2023, yang menyatakan bahawa PETROS adalah satu-satunya pihak yang diberi mandat untuk membeli, mengedar dan menjual gas sebagai satu-satunya pembeli dan penjual tunggal di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan