Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Deligasi AZAM Sarawak mengadakan kunjung hormat bertemu Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari di pejabatnya pada bulan lepas. Foto kredit AZAM Sarawak.

AZAM Sarawak hargai kesudian Abang Johari jadi penaung

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 15 Mei: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak mengumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju di atas perlantikan beliau sebagai penaung mereka.

Menurut AZAM Sarawak, pihaknya menerima pengesahan mengenai perkara itu menerusi Ketua Setiausaha Sulit kepada Premier Sarawak, Dato Khir Busrah pada 2 Mei lepas.

Jelas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, mereka yakin di bawah naungan Abang Johari, pertubuhan akan terus maju dan seterusnya memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat.

“Kepimpinan dan visi (dimiliki oleh) Premier Sarawak akan memainkan peranan penting dalam membimbing AZAM Sarawak untuk terus maju dalam mencapai misi dan matlamat kami.

“AZAM Sarawak akan mendapat manfaat daripada pengetahuan, pengalaman dan komitmen beliau yang mendalam dan menyeluruh terhadap pembangunan Sarawak,” jelas pertubuhan itu menerusi kenyataan media hari ini.

Jawatan itu sebelum ini pernah disandang oleh Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

AZAM Sarawak merupakan pertubuhan yang berusaha untuk memudahkan usaha pembangunan di Sarawak melalui promosi komunikasi pembangunan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan