Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi isteri Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datin Amar Baduyah Bujang dan Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkenan mengunjungi Juma’ani Pavilion di Kuching hari ini.

Raja Puan Muda Perlis berkenan lawat Jumaani Pavilion

KUCHING, 14 Mei: Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mengadakan lawatan ke Jumaani Pavilion dalam rangka lawatan baginda ke Kuching hari ini.

Ketibaan baginda bersama rombongan disambut Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Mohamad Shahren Mohamad Yusri.

Dalam lawatan tersebut, Tuanku Dr Lailatul diberi penerangan mengenai premis berkenaan yang berfungsi sebagai hab fesyen Borneo oleh anak tempatan Sarawak.

Baginda turut melawat seksyen promosi dan pemasaran produk tempatan Sarawak, selain bahagian penghasilan produk seni dan budaya Sarawak, Keringkam.

Mohamad Shahren ketika ditemui berkata, lawatan ke Jumaani Pavilion membolehkan pengunjung menyaksikan hasil kerja buatan anak Sarawak sama ada pelatih CENTEXS mahupun usahawan tempatan.

Menurutnya, ia sekali gus dapat meningkatkan sosioekonomi rakyat khususnya usahawan tempatan dalam memasarkan produk Sarawak.

“Saya nampak kebelakangan ini, asalkan ada lawatan dari luar, Kerajaan Sarawak akan mengaturkan rombongan untuk melawat Jumaani Pavilion.

“Dengan cara ini, kita dapat menaikkan produk warisan Sarawak, sekali gus meningkatkan pendapatan komuniti usahawan di negeri ini, kerana semakin ramai orang datang, semakin banyak urusan jual beli,” katanya.

Menerusi pembelian itu, kata Shahren, ekosistem pusingan perniagaan dapat diwujudkan secara berterusan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan