Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin. Foto fail Izzah Kamilah (TVS)

Ops Borneo: 317 pegawai HASiL turun padang, tangani isu cukai

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 14 Mei: Seramai 317 orang pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) di seluruh negeri terlibat dalam Operasi Borneo (Ops Borneo) 1.0 Peringkat Negeri Sarawak bermula 13 Mei hingga hari ini, 14 Mei 2024.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk. Dr Abu Tariq Jamaluddin, operasi itu melibat empat kawasan di Sarawak, iaitu Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

“Operasi ini memberi fokus terutamanya terhadap kes-kes yang terpilih di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Akta Duti Setem (ADP) 1949 dan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976.

“Antara isu-isu percukaian yang diberi fokus adalah semakan audit ke atas pembayar cukai syarikat dan selain syarikat menerusi lawatan ke premis pembayar cukai, serahan notis bagi kes guaman sivil secara serahan tangan dan isu taksiran duti setem yang dikeluarkan tanpa bayaran,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Ops Borneo 1.0 di Kuching hari ini.

Tambahnya, beliau optimis bahawa operasi lawatan pematuhan bersepadu ini akan memberi impak terhadap keberhasilan kutipan cukai sekali gus meningkatkan tahap pematuhan pembayar cukai negeri Sarawak.

“Keberadaan HASiL melalui operasi ini adalah sebagai salah satu aspek penyampaian perkhidmatan yang menjadi tanggungjawab agensi ini sebagai pentadbir cukai negara.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan