Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain pada majlis Moa hari ini. Foto TVS

MEITD, 8 institusi pengajian jalin MoA bagi tingkat taraf hidup Bumiputera Sarawak

KUCHING, 14 Mei: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak menandatangani Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan lapan institusi pengajian dalam usaha meningkatkan taraf hidup dan pendapatan kumpulan B40, khususnya masyarakat bumiputera di Sarawak.

Lapan institusi latihan kemahiran terlibat adalah Centre for Technology Excellence Sarawak(CENTEXS), Sarawak Skills Kuching, Sarawak Skills Mukah dan Sarawak Skills Miri, AWISAR, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri dan YAHOS School of Skills.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis berkata jalinan kerjasmaa itu dilaksanakan dalam Program Khas Bumiputera (PKB) Sarawak.

Menurutnya menerusi peruntukan yang diluluskan dalam PKB Sarawak, pihaknya menjangkakan sebanyak 120 pelatih daripada etnik minoriti dan Penan akan mendapat manfaat.

“Tawaran hanya terbuka kepada pelatih yang melanjutkan pengajian di lapan ILK terpilih dan tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada sumber lain.Pembiayaian adalah meliputi yuran pengajian, penginapan, elaun makan, elaun pelajar dan pengangkutan (one-off)sepanjang melanjutkan pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis MoA berkenaan di DUN Sarawak di sini, pada Selasa.

Tambahnya, sebanyak 18 kursus di bawah empat kluster iaitu Digital, Pembuatan, Pembinaan dan Pelancongan telah dipilih selari dengan wahana Strategi Pembangunan Pasca Covid-19(PCDS) 2030,.

PKB Sarawak, menurutnya merupakan program khusus untuk Bumiputera Sarawak yang telah bermula sejak tahun 2010.

“Program ini adalah antara usaha Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi negeri Sarawak melalui pembangunan modal insan dalam membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat,” ujarnya.

Francis dalam pada itu mendedahkan MEITD telah mengambil alih pelaksanaan Latihan Kemahiran dibawah Kluster Pembangunan Modal Insan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak mulai tahun ini.

“Program ini bertujuan untuk menaik taraf hidup masyarakat Bumputera Sarawak terutama golongan B40 (pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,720.00 sebulan) dengan membekalkan pendidikan dan kemahiran sewajarnya,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan