Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 282 jemaah haji negara daripada kumpulan pertama KT01 tiba di Mekah pada jam 5.30 petang tadi (waktu Arab Saudi). Foto TVS

Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 14 Mei: Seramai 282 jemaah haji daripada kumpulan pertama KT01 tiba di Mekah pada 5.30 petang waktu tempatan.

Mereka yang terdiri daripada jemaah dari negeri Kedah dan Kelantan itu dibawa terus ke hotel penginapan Abraj Janadriyah, Ibu Pejabat Tabung Haji di Mekah, disambut mesra oleh pihak Mashariq iaitu sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk menguruskan operasi Masyair bagi jemaah haji negara.

Sementara itu, seramai 281 jemaah KT02 juga turut dijadual akan tiba di Mekah pada malam ini selepas menjalani program ziarah yang telah disediakan oleh pihak Tabung Haji selama enam hari lima malam di bumi Madinah.

Sejurus itu kesemua 563 jemaah yang tiba hari ini seterusnya akan melaksanakan ibadah umrah pada malam ini.

Dalam pada itu Pengarah Eksekutif Haji TH, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata hari ini merupakan hari yang dinanti para petugas idaman TH untuk menyantuni Duyufurrahman “Tetamu Allah” bagi operasi musim haji 1445H/2024M.

“Kita mahu para petugas haji termasuk pihak Mashariq dapat menggembleng tenaga untuk memastikan kelancaran operasi haji pada musim ini,” kata Syed Saleh sebelum menerima ketibaan jemaah haji pertama KT01 di sini, hari ini.

Pada tahun ini sebanyak 12 bangunan penginapan disediakan oleh Lembaga Tabung Haji bagi operasi haji di Melah yang akan menampung 31,600 jemaah haji untuk tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan