Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai kerajaan dari kedua-dua pentadbiran Persekutuan dan Sarawak berhimpun hari ini di pejabat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air di Menara PETRA, untuk berbincang mengenai inisiatif Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di Sarawak. Foto hiasan Envato

Kerjasama Persekutuan, Sarawak bangunkan inisiatif CCUS

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 14 Mei: Pegawai kerajaan dari kedua-dua pentadbiran, Persekutuan dan Sarawak mengadakan pertemuan di pejabat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air di Menara PETRA hari ini bagi membincangkan inisiatif Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di Sarawak.

Diketuai Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, matlamat mesyuarat tersebut adalah untuk menyelidiki keadaan semasa pelaksanaan CCUS.

Ia juga untuk melakar hala tuju untuk pelaksanaan inisiatif masa hadapan, termasuk perancangan pembangunan RUU CCUS yang khusus.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Sarawak, Datuk Dr. Hazland Hipni menjelaskan usaha Sarawak dalam memerangi pelepasan karbon, memetik rangka kerja kerajaan negeri pada perbincangan tersebut.

“Sarawak mempunyai undang-undang tersendiri, melibatkan “Natural Resources and Environment Ordinance (1958).

“Terdapat juga undang-undang seperti “Environment (Greenhouse Gas Emission Reduction ) Ordinance 2023, “Forests Carbon Activity” dan juga “Land (Carbon Storage) Rules 22,” katanya.

Mesyuarat tersebut juga bertujuan untuk menjadi platform untuk kerajaan persekutuan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak untuk memajukan lagi projeck CCUS di negeri tersebut.

Selain dari itu, wakil PETROS, Nazrin Banu, juga turut membentangkan maklumat terkini mengenai aktiviti CCUS yang sedang dijalankan di Sarawak, menonjolkan potensi sebagai pemain utama di rantau ini dalam usaha pengurangan karbon.

Turut hadir Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Kewangan II Malaysia Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Abang Ahmad Abang Morni, wakil-wakil dari PETROS, NREB, Jabatan Tanah & Ukur serta Ketua-Ketua Bahagian di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan