Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengiktirafan akhir Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bakal diumumkan pada Julai ini. Foto, Envato.

DUN Sarawak: Taman Negara Niah diiktiraf Tapak Warisan Dunia Julai ini

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 14 Mei: Pengiktirafan akhir Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bakal diumumkan pada Julai ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pengiktirafan itu akan diumumkan pada Persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia di bawah Kategori Warisan Budaya.

“Kita yakin Gua Niah akan memperoleh pengiktirafan berprestij ini selepas pengiktirafan sama diterima Taman Negara Mulu, sekali gus meningkatkan lagi pelancongan di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, taman negara dan rizab alam semula jadi di Sarawak terus menjadi destinasi ekopelancongan yang digemari oleh pelancong domestik dan asing.

“Pada Mac tahun ini, ketibaan pelawat ke taman negara dan rizab alam semula jadi telah meningkat sebanyak 31.39 peratus, dengan 99,364 pelawat berbanding 95,897 pelawat bagi tempoh yang sama tahun lepas.

“Daripada jumlah ini, seramai 23,718 adalah warga asing dan 75,646 pula rakyat tempatan,” katanya.

Tambah beliau, antara destinasi paling popular di Sarawak ialah Hutan Simpan Semenggoh, Gua Angin, Gua Fairy, Taman Negara Bako, Taman Negara Niah dan Taman Negara Mulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan