Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto TVS

DUN Sarawak: Peserta S-MM2H meningkat – Abdul Karim

ByShafik Ahmad

KUCHING, 14 Mei: Program Sarawak – Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) merekodkan Simpanan Tetap (FD) sebanyak RM28.8 juta di bank tempatan Sarawak melibatkan 146 peserta setakat Mac tahun ini.

Jumlah itu kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Sejak dimulakan pada 2007, seramai 2,462 peserta telah diluluskan di bawah program tersebut.

“Jumlah peserta S-MM2H meningkat 22.90 peratus daripada 441 pada 2022 kepada 542 pada 2023.

“Pada 2023, penempatan Simpanan Tetap (FD) daripada peserta S-MM2H ialah RM56.7 juta di bank tempatan Sarawak. Sehingga Mac 2024, 146 peserta telah diluluskan dengan penempatan FD sebanyak RM28.8 juta di bank tempatan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Selasa.

Menurut Abdul Karim, antara 10 negara teratas menyertai S-MM2H termasuk China (340), United Kingdom (335), Taiwan (246), Hong Kong (240), Amerika Syarikat (184), Singapura (182), Korea Selatan (157), Australia (114) , Jepun (114) dan Indonesia (113).

MTCP katanya akan terus meningkatkan keperluan dan peraturan melalui kelulusan kabinet untuk melindungi kepentingan Sarawak sambil menarik pelancong bernilai tinggi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan