Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto Zaim Zharfan (TVS)

DUN Sarawak: Lebih RM200 juta digunakan untuk naik taraf fasiliti sukan di Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 14 Mei: Lebih RM200 juta telah digunakan untuk menaik taraf fasiliti sukan di Sarawak, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, jumlah itu turut membabitkan bina baharu dewan wushu, dan beberapa pengubahsuaian yang lain.

“Untuk bina baharu saya boleh katakan hampir siap ada tiga iaitu dewan wushu, ragbi dan kriket serta satu lagi perkampungan sukan, manakala perkembangan lain, sedang dinaik taraf. Contohnya di Stadium Sarawak semua balapan diganti baharu, serta tandas dicat semula,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Abdul Karim juga berharap Kerajaan Persekutuan dapat membantu dan menampung peruntukan untuk tujuan naik taraf ini.

“Peruntukan ini datang dari Kerajaan Sarawak, tetapi sebahagiannya akan dibantu oleh Kerajaan Persekutuan dan masa ini kita masih lagi menunggu berapa subsidi atau bantuan daripada mereka.

“Sebelum ini kita hanya dapat RM40 juta untuk penganjuran SUKMA 2016 yang kebanyakan acara sukan diadakan di Kuching dan Sibu. Jadi sekarang kita memohon sekurang-kuranya RM100 juta untuk penganjuran kali ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Abdul Karim memberi jaminan semua fasiliti sukan yang digunakan untuk penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak 2024 akan lengkap sepenuhnya pada Julai depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan