Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom. Foto TVS

Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 dalam fasa akhir – Rundi

ByAkma Salleh

KUCHING, 14 Mei: Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka yang kini dalam fasa akhir bagi menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri Sarawak.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata pihaknya menerusi Jabatan Pertanian Sarawak bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak.

“Sehingga kini, penggubalan ordinan baharu itu sedang di peringkat akhir, dan Kementerian saya akan mengadakan libat urus dengan agensi berkaitan untuk menyelaraskannya dengan akta dan ordinan sedia ada yang lain.

“Pada masa yang sama, Kementerian saya sedang menyediakan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk kelulusan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikina ketika berucap pada sesi penggulungan kementeriannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Selasa.

Menurut Rundi, pertindihan peranan dan fungsi antara agensi yang berbeza tetapi mempunyai kepentingan yang sama disebabkan bidang kuasa sumber telah mewujudkan kawasan ‘kelabu’ dalam perundangan.

Tegasnya, ia perlu dijelaskan untuk mengelakkan kekeliruan dan kelewatan dalam menguatkuasakan peraturan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan