Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Madani Jalaludin bersama Pengarah Projek Ziarah Luar, Nik Muhammad Muaz Nik Mohd Noor. Foto TVS

88 pelajar Malaysia di Madinah berbakti jadi Muzawwir

ByLuqman Muhammad

MADINAH, 14 Mei: Seramai 88 orang pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah dipilih sebagai sebagai Mutawif atau Muzawwir bagi menyantuni 31,600 ‘Duyufurrahman’ pada operasi musim haji 1445H/2024M.

Timbalan Pengarah Ziarah Luar, Ahmad Madani Jalaludin berkata golongan pelajar berkenaan sememangnya sudah terkenal bagi dipilih sebagai Pembimbing Ziarah dalam Program Ziarah Luar Tabung Haji (TH) yang bertujuan untuk membantu jemaah mendapatkan pemahaman yang lebih jelas dan berkesan.

“Kami sebagai pelajar yang telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jemaah haji, kami memilih yang terbaik dalam kalangan kami.

“Dan kalau ada sekalipun dalam kalangan kami yang tidak mempunyai pengalaman, mereka akan disediakan sebanyak dua kali kursus sebagai persediaan untuk membantu jemaah haji dalam program ziarah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, baru-baru ini.

Pelajar Tahun 4 Kuliyyah Hadith Universiti Islam Madinah itu menambah amanah yang dipikul sebagai pembimbing ziarah kepada jemaah Tabung Haji merupakan satu tugasan yang besar dan perlu disampaikan dengan penuh tertib dan ilmu pengetahuan yang luas.

Katanya, pelajar-pelajar di universiti tersebut sudah mempunyai pengetahuan yang luas terhadap pembangunan sejarah Islam di tanah suci.

“Disebabkan latar belakang kami yang sudah terbiasa dengan membimbing jemaah umrah sebelum ini, kami in sha Allah yakin mampu memberikan khidmat yang terbaik,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan