Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menyita 79 motosikal dalam Ops Rempit di Lingkaran Luar Butterworth ( BORR ) Bagan Ajam, hari ini. Foto Bernama

Ops Rempit: JPJ, JSPT sita 79 motosikal

ByBernama

BUTTERWORTH, 13 Mei: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menyita 79 motosikal dalam Ops Rempit di Lingkaran Luar Butterworth ( BORR ) Bagan Ajam, hari ini.

JPJ menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan operasi dilakukan bersama JSPT Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) dan JSPT Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dari pukul 1 hingga 9 pagi.

“Antara kesalahan dikesan adalah pengubahsuai motosikal secara ekstrem bagi tujuan tambah kelajuan, rempit dan lumba haram, tanggal brek belakang, nombor pendaftaran fancy, tukar swing arm dan ubah suai ekzos,” menurut hantaran itu.

Kesalahan lain yang turut dikesan adalah penunggang bawah umur, tiada lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh serta tiada perlindungan lnsuran, tidak mempamer pelekat P dan lain-lain kesalahan teknikal.

Selain itu JPJ turut mengeluarkan 78 notis saman dan teknikal manakala JSPT 297 notis saman dalam operasi yang melibatkan 53 pegawai dan anggota JPJ serta JSPT itu.

Operasi itu bertujuan bagi mencegah aktiviti rempit, lumba haram atau uji kelajuan motosikal yang dikesan berlaku di lokasi terbabut oleh sekumpulan remaja terutama pada lewat malam hingga ke waktu awal pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan