Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki warga emas maut selepas tercampak dari jejantas di Kilometer 10.1 Lebuhraya Butterworth-Kulim di sini semalam. Foto, media sosial.

Lelaki warga emas maut tercampak dari jejantas lebuh raya

ByTVS

BUKIT MERTAJAM, 13 Mei: Seorang lelaki warga emas terkorban selepas terjatuh dari jejantas setinggi hampir 10 meter apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan di Kilometer 10.1 Lebuhraya Butterworth-Kulim di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu, mangsa berusia 60-an meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) disyaki akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner (ACP) Helmi Aris berkata, kemalangan berlaku semasa mangsa sedang menunggang sendirian dari arah Seberang Jaya ke Kubang Semang.

Katanya, semasa sampai di atas Jejantas Kubang Semang, motosikal mangsa warga tempatan itu telah terbabas dan melanggar besi penghadang.

“Mangsa telah terjatuh ke bawah jejantas di atas lebuh raya.

“Mangsa mengalami kecederaan pada muka dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di HSJ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di talian 04-530 1342 atau pergi ke mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan