Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden SABATI, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang mendengar ceramah yang disampaikan oleh pakar kesihatan. Foto TVS

Isteri Premier Sarawak hadiri Seminar Tingkatkan Kesihatan

KUCHING, 13 Mei: Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang yang juga Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) menghadiri Seminar Tingkatkan Kesihatan Untuk Meningkatkan Taraf Kehidupan di sini, hari ini.

Seramai 50 peserta yang terdiri daripada ahli SABATI turut serta pada seminar itu.

Pakar Bedah Bariatrik dan Metabolik serta Kecantikan, Dr. Andrea Ooi telah dijemput  memberi pendedahan mengenai corak pemakanan sihat yang memberikan pengaruh positif terhadap kesihatan dan gaya hidup harian.

“Pola pemakanan dan gaya hidup sihat memberikan kesan positif terhadap kehidupan seharian khususnya membabitkan golongan wanita.

“Seminar ini diharapkan dapat menimbulkan kesedaran serta memperkasakan kesihatan dalam kalangan kaum wanita,” katanya.

Seminar tersebut juga turut menjadi wadah untuk mendorong kaum hawa untuk meningkatkan kualiti hidup, sekali gus memperkasa peranan wanita dalam menyalurkan informasi kesihatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan