Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) berharap agar jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara baharu tetap diserahkan kepada wakil wilayah ini kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Harap wakil Sarawak dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara baharu

ByFebbright James

KAPIT, 13 Mei: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berharap agar wakil wilayah ini akan dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara tersebut wajar dipertimbangkan berikutan wakil Sarawak yang menjawat jawatan berkenaan sebelum ini berkhidmat kurang satu penggal.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia

Kata beliau, ini termasuk Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang memegang jawatan berkenaan selama tujuh bulan sahaja dan terpaksa mengundur diri selepas dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

“Kemudian digantikan dengan mendiang Datuk Mutang Tagal namun sayangnya kita kehilangan beliau. (Tempoh perkhidmatan) tidak sampai tiga tahun apatah lagi satu penggal.

“(Oleh itu) kita berharap agar pertimbangan diberikan kepada wakil Sarawak untuk tempoh sepenggal ini. Namun pada akhirnya, keputusan bergantung kepada Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sarawak belum cadang nama untuk Yang Dipertua Dewan Negara baharu

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir Majlis Mangkung Tiang Rumah Panjang Tatai Emas di sini hari ini.

Mutang, 70, dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20 pada 19 Februari lalu sekali gus menjadi pemimpin pertama etnik Lun Bawang memegang jawatan itu.

Mutang meninggal dunia pada 10 Mei 2024 di Institut Jantung Negara (IJN) ketika menerima rawatan selepas pulang dari lawatan kerja ke Azerbaijan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan