Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Projek Fasa 1 Sistem Pengangkutan Bandaraya Kuching dijangka dapat disiapkan mengikut jadual. Foto fail TVS

DUN Sarawak: Projek Fasa 1 KUTS berjalan lancar ikut jadual

KUCHING, 13 Mei: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin yakin projek Fasa 1 Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) dapat disiapkan mengikut jadual.

Menurutnya, sehingga April 2024, status kemajuan projek KUTS adalah sebanyak 20.65 peratus dan ini melibatkan kerja-kerja perundingan, kajian serta kerja-kerja lapangan.

“Perbelanjaan modal telah mencecah RM623 juta dan ini menunjukkan komitmen dari segi perbelanjaan dalam merealisasikan projek ini,” katanya semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Pembinaan Depot Rembus dan Kerja-kerja Bersepadu bernilai RM260 juta turut tersenarai di bawah tender kerja Fasa 1 projek KUTS dan pakej kerja yang dianugerahkan pada 8 Disember 2023 ini, melibatkan gudang mekanikal dan infrastruktur, fasiliti pengisian hidrogen, landasan ujian, bangunan pentadbiran, pusat kawalan serta pusat penstoran.

“Selain itu, tender pakej infrastruktur kerja untuk Pakej Laluan Biru 1 dari Rembus ke Stutong telah dianugerahkan pada 10 November 2023 dengan jumlah kontrak bernilai RM568.61 juta,” katanya.

“Sementara kontrak Pakej Laluan Merah dari Kuching Sentral ke Pending bernilai RM943 juga telah dianugerahkan pada 8 Disember 2023,” katanya lagi.

Pakej Laluan Biru 1 daripada Rembus ke Riveria dijangka siap pada suku keempat tahun 2025 dan keseluruhan laluan Biru dan Merah dijangka siap pada suku keempat tahun 2026 manakala laluan Hijau dijangka siap menjelang suku keempat tahun 2027. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan