Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Miri perlu dinaik taraf sejajar dengan pertambahan penumpang. Foto hiasan

DUN Sarawak: Dua lapangan terbang wajar dinaik taraf

BySalasiah Safian

KUCHING, 13 Mei: Naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dan Lapangan Terbang Miri wajar dilakukan sejajar dengan penambahan jumlah penumpang.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata pertambahan itu merupakan antara faktor pendorong agar penambahbaikan dilakukan segera untuk menaik taraf terminal mereka yang wajar dipertimbangkan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB).

“Berdasarkan pertemuan saya dengan Menteri Pengangkutan (Anthony Loke), rancangan pengoptimuman ini akan menjadi projek keutamaan dalam mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Rolling Plan Ke-5 Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan untuk kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Oleh itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia dan MAHB digesa mempercepatkan rancangan pembangunan ini untuk menampung permintaan perjalanan yang semakin meningkat sekali gus berupaya memberi perkhidmatan terbaik.

“Peningkatan ini penting bukan sahaja untuk meningkatkan kecekapan operasi tetapi juga untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Sarawak yang sejajar dengan strategi pembangunan Sarawak,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan