Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Batang pokok sagu yang akan diproses di kilang menjadi tepung lemantak. CRAUN Research Sdn Bhd kini giat menjalankan kajian mengenai potensi kanji sagu sebagai ganti beras. Foto TVS

DUN Sarawak: CRAUN Research kaji potensi kanji sagu sebagai ganti beras

BySalasiah Safian

KUCHING, 13 Mei: CRAUN Research Sdn Bhd kini giat menjalankan kajian mengenai potensi kanji sagu sebagai ganti beras.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata ia adalah satu kejayaan yakni mereka (CRAUN Research) mengenal pasti mengenainya selepas beberapa kali percubaan.

“Ia bermula tahun ini. Ia adalah kombinasi daripada kajian yang dijalankan selama ini. Saya rasa mereka telah menjalankan kajian mengenainya (sagu) sejak dua tahun yang lalu.

“Kajian masih di peringkat makmal jadi kita mungkin tidak akan dapat hasilnya dalam tahun ini,” katanya pada sidang media selepas sesi penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapan penggulungannya berkata usaha oleh CRAUN Research ini merupakan peluang untuk menangani isu keselamatan makanan (food security) dan juga untuk mempelbagaikan produk sagu.

“Saya mesti memuji saintis dan penyelidik di CRAUN Research atas usaha mereka,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan