Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
James Dana, 58 tahun dan isterinya Dolly Usop, 57 tahun ketika ditemui TVS pada Majlis Sambutan Gawai Dayak Kapit 2024 di Dewan Suarah Kapit. Foto TVS

Utamakan pendidikan kunci kejayaan mendidik anak

ByFebbright James

KAPIT, 12 Mei: Mengutamakan pendidikan dan peka terhadap keperluan anak menjadi kunci kejayaan James Dana, 58 tahun dan isterinya Dolly Usop, 57 tahun dalam mendidik anak mereka sehingga kesemuanya memiliki kerjaya yang baik.

Justeru ‘formula’ ini menjadikan mereka dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ibu bapa Mithali Dalam Mendidik Anak pada malam Majlis Sambutan Gawai Dayak Kapit 2024.

Menurut James, beliau mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kesemua anaknya dan sentiasa ambil tahu perkembangan mereka.

“Saya menganggap anak saya sebagai kawan. Jadi saya sangat rapat dengan mereka dari kecil sehingga besar. Tidak ada ruang untuk saya memarahi mereka kerana kesemua anak saya taat kepada ibu bapa.

“Untuk mecapai kejayaan, pendidikan sememangnya penting di samping hubungan kekeluargaan yang baik.

“Saya berharap agar ibu bapa di luar sana turut menitikberatkan pendidikan anak-anak dan sentiasa ambil tahu pergerakan mereka ke mana sahaja mereka pergi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS pada Majlis Sambutan Gawai Dayak Kapit 2024 di Dewan Suarah Kapit.

Sementara itu, isterinya, Dolly Usop yang merupakan seorang guru sering berpesan kepada anak-anak agar menghormati guru-guru untuk mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari.

“Saya selalu pesan kepada mereka hormati guru, beri kerjasama dan sepenuh perhatian di dalam kelas. Jadi mereka tidak perlu mengulang kaji pelajaran di rumah kerana telah menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas.

“Saya dan suami juga bekerjasama dengan anak-anak dan sentiasa memberikan sokongan dalam apa sahaja aktiviti mereka. Pernah suatu ketika kami dua turun ke padang dalam keadaan hujan untuk memberikan sokongan kepada mereka pada aktiviti sukan,” katanya.

James dan Dolly memilik lima orang anak yang masing-masing berkejaya sebagai doktor, pembantu perubatan, jurutera, pegawai di Unit Keselamatan Negeri, dan jururawat.

Selain, Anugerah Ibu Bapa Mithali, Majlis Sambutan Gawai Dayak Kapit 2024 tersebut turut menyampaikan penghargaan kepada pelajar lepasan STPM dan SPM yang cemerlang dan Anugerah Tokoh Personaliti kepada penduduk Kapit yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan