Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah hadir pada Majlis Pelancaran Larian Baton SUKMA Sarawak 2024 dan Para SUKMA Sarawak 2024 di Mukah hari ini. Foto, Muqri Aziz (TVS).

SUKMA 2024: Mukah bersedia terima kehadiran 800 atlet, pegawai

ByMuqri Aziz

MUKAH, 12 Mei: Lebih 800 atlet dan pegawai daripada 15 kontinjen akan berkampung di bahagian ini sempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 Ogos depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, mereka akan bersaing dalam tiga acara sukan iaitu bola sepak, bola jaring dan judo.

SUKMA 2024: Lebih 1,000 atlet, pegawai akan berkampung di Bintulu

Jelas Fatimah, ketika ini kerja – kerja penambahbaikan venue sedang giat dilaksanakan.

“Memandangkan bola jaring dan judo akan diadakan di dalam stadium, maka tidak banyak penambahbaikan yang dilakukan.

“Namun kita akan memberi perhatian sewajarnya bagi memastikan kesemua venue sukan di sini berkualiti sekali gus acara – acara sukan berkenaan berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Larian Baton SUKMA Sarawak dan Para SUKMA Sarawak 2024 di Dataran Pehin Setiaraja di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee.

Sementara itu, Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat juga mahu kontinjen Sarawak memanfaatkan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk menyapu bersih pingat emas yang dipertandingkan di sini.

“Kita amat berharap dengan persiapan yang dibuat beserta semangat juang yang tinggi, sokongan semua pihak, (insya-Allah sebanyak) 20 pingat emas yang dipertandingkan akan berpihak kepada kita.

“Saya percaya atlet-atlet kita telah membuat persiapan yang rapi melibatkan ketahanan fizikal dan mental malah dihantar ke luar negeri untuk mendapat pendedahan bagi memastikan Sarawak muncul juara keseluruan pada edisi kali ini,” tambahnya.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan