Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong mengadakan program sosial khidmat masyarakat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Miri, semalam. Foto BBP Lutong

Pelajar SMK Lutong adakan program khidmat masyarakat ceriakan BBP Lutong

MIRI, 12 Mei: Seramai 77 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong mengadakan program sosial khidmat masyarakat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong di sini, semalam.

Mereka yang diiringi empat orang guru daripada Kelab Penyelidikan Tingkatan 6 diketuai Pui Min Yen selaku Ketua Guru Penasihat bersama Cikgu Dr. Brenda Bangi Jin, Cikgu Cynthia Abus dan Cikgu Zamri Hermanden.

Semasa berada di BBP Lutong mereka telah mengadakan aktiviti mengecat Sudut Go Green, Lukisan Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-kanak (3K), mengecat depan kepala jentera, dinding bentuk susun batu bata dan gotong-royong membersihkan pokok bunga dan parit.

Selain daripada itu pelajar juga mendengar ceramah keselamatan kebakaran dan menyumbang 10 pasu bunga untuk BBP Lutong.

PBT II Henry Jugah memuji usaha murni SMK Lutong kerana sudi membantu pihak Bomba Lutong melalui program tersebut.

Beliau berbangga kerana keceriaan balai bertambah dan memudahkan mereka menceriakan suasana balai.

Turut hadir PBK II Ramli Sahari, Penyelia Pasukan Alpha, PBK II Mohammad Faizul Ali Penyelia Pasukan Charlie dan PB Stephen Saga.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan