Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nelson (kanan) menganggap mendiang Datuk Mutang sebagai seorang ‘abang’ dan mentor dalam perniagaan. Foto TVS

Mendiang Datuk Mutang seorang ‘abang’ dan mentor perniagaan

ByDouglas Elliot

MIRI, 12 Mei: Mendiang Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal merupakan seorang mentor dan figura perniagaan bagi penduduk di kawasan Ba’kelalan.

Malah, Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI), Datuk Nelson Balang Rining turut menganggap beliau sebagai abangnya sendiri.

“Bagi saya, beliau merupakan seorang abang sulung dan seorang mentor yang berpengalaman, terutamanya dalam bidang perniagaan.

“Beliau merupakan Presiden OUCCI yang pertama yang berpengalaman luas dalam bidang perniagaan dan mempunyai visi untuk mengangkat martabat OUCCI setanding komuniti perniagaan yang lain,” katanya kepada TVS.

Nelson yang juga Pengerusi LAKU Management Sdn Bhd itu juga memberitahu mendiang telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan inisiatif yang mengangkat martabat usahawan sektor pelancongan dan kraftangan komuniti setempat selaku Presiden OUCCI.

“Beliau selalu memberitahu dalam perniagaan, usahawan itu harus berprinsip.

“Saya rasa mereka yang akan menggantikan tempat beliau sebagai pemimpin OUCCI perlu meneruskan legasi itu bagi mengangkat martabat usahawan setempat,” katanya lagi.

Ujarnya, prinsip itu berasal daripada pegangan agama beliau yang kuat untuk membantu golongan yang lain.

Malah, mendiang Mutang juga dikatakan seorang yang taat dari segi agama.

Perkara ini turut dikongsi oleh Pastor Sinawat Buaya dari Gereja Sidang Injil Borneo (BEM) Airport Road, yang memberitahu mendiang seorang yang sangat aktif dalam penglibatan beliau di gereja.

“Beliau adalah seorang yang peramah dan bertanggunjawab yang terlibat aktif dalam aktiviti gereja.

“Kami sungguh merasai kehilangannya,” katanya ketika ditemui TVS, semalam.

Upacara penghormatan terakhir mendiang akan berlangsung hari ini (Ahad) di Gereja Sidang Injil Borneo (BEM) Airport Road bermula 11 pagi hingga 10.30 malam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan