Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Kapit, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi ditemui pemberita semasa Majlis Mantar Gawai Kapit 2024 di Dewan Suarah Kapit. Foto TVS

Kerjasama antara wakil rakyat penting pacu pembangunan Kapit – Nanta

ByFebbright James

KAPIT, 12 Mei: Ahli Parlimen Kapit, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi menyifatkan kerjasama antara wakil rakyat iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen penting dalam memacu pembangunan sesebuah kawasan khususnya di pedalaman.

Katany, beliau kini giat bekerjasama dengan rakan seperjuangan di setiap kawasan Kapit bagi memastikan pelan pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik.

“Bahagian Kapit merangkumi empat daerah iaitu Song, Kapit, Bukit Mabong dan Belaga. Kalau dikatakan Daerah Kapit ia merujuk kepada satu kawasan tetapi kalau kawasan Parlimen hanya merujuk kepada daerah Song dan Kapit Sahaja. Sebab itu Kapit ini dikatakan besar iaitu lebih besar dari negeri Pahang.

“Penting bagi kami di peringkat Parlimen dan DUN untuk bekerjasama iaitu untuk saling bersetuju dengan pelan pembangunan. Sekiranya ada yang tidak setuju, kami akan cari jalan penyelesaian sehingga projek tersebut dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Majlis Mantar Gawai Kapit 2024 di Dewan Suarah Kapit.

Tambahnya, antara fokus pembangunan di Kapit ketika ini ialah pembinaan jalan ke kampung-kampung yang belum mempunyai akses jalan darat, bekalan air bersih dan terawat dan bekalan elektrik.

“Kita akan teruskan usaha sebegini (kerjasama wakil rakyat) kerana dengan cara ini dapat mempercepatkan pelaksanaan projek yang penting.

“Kita akan menumpukan lebih banyak usaha menambah kilometer jalan ke luar bandar bagi perkampungan yang belum dihubungkan dengan rangkaian jalan, bekalan air terawat, bekalan elektrik 24 jam.

“Bagi yang tidak dapat disambungkan dengan sistem grid, kita akan sediakan solar dan saya difahamkan tidak ada kampung yang belum ada elektrik kerana adanya sistem solar dibekalkan,” ujarnya.

Beliau turut optimis Kapit tidak akan tertinggal dari sudut perkhidmatan digital susulan pengumunan Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong mengenai kawasan berkenaan akan dibekalkan dengan liputan telekomunikasi 5G. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan