Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Khirudin bergambar bersama para pemenang Limbang Firefighter’s Run 2.0. Foto TVS

JBPM Sarawak tekankan aspek kesihatan, kecergasan anggota dan pegawai

LIMBANG, 12 Mei: Aspek kesihatan, stamina, kecergasan mental dan fizikal anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak terus diberi perhatian dalam memberi kualiti perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Pengarah JBPM Sarawak, Datu Khirudin Drahman berkata, bagi tujuan itu, satu program perkongsian strategik bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak iaitu Wellness Hub Kota Samarahan diadakan Khamis lepas dalam menjadikan anggota bomba lebih sihat dan cergas.

Katanya, seramai 60 pegawai dan anggota yang berdepan isu kesihatan seperti obesiti terlibat pada program itu untuk menitikberatkan perihal penjagaan kesihatan fizikal dan mental sebelum berisiko. mendapat penyakit.

”Kita hendak mendidik anggota kita ini cara pemakanan yang betul, aktiviti sukan, ataupun senaman yang boleh membantu mereka mengurangkan berat badan mereka,” katanya ketika ditemui selepas Limbang Firefighter’s Run 2.0 di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang hari ini.

Jelas Khirudin lagi, perkongsian strategik ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti kesihatan anggotanya dengan mempromosikan gaya hidup sihat dan perkhidmatan promosi kesihatan.

Jelasnya, setiap pegawai dan anggota bomba di Sarawak perlu menjaga kesihatan dan stamina masing-masing.

Katanya, anggota perlu cergas kerana mereka menggunakan pelbagai peralatan untuk menyelamatkan nyawa manusia dan memadamkan kebakaran.

Khirudin turut bangga dengan Program Limbang Firefighter’s Run 2.0 anjuran BBP Limbang yang berjaya mewujudkan rangkaian sosial bersama masyarakat, memyuburkan dan mempromosikan acara sukan yang baik untuk kesihatan mental dan fizikal.

Limbang Firefighter’s Run 2.0 di sertai lebih 300 peserta daripada kepulauan borneo membabitkan Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan negara jiran Brunei Darussalam.

Ia dibahagikan cabaran 15 kilometer dengan kategori acara terbuka dan veteran, manakala larian 5 kilometer merupakan larian ria bagi seisi keluarga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan