Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba membantu membawa jenazah seorang wanita ke Tanah Perkuburan Islam Titi Teras hari ini. Foto JBPM

Bomba bantu kebumi jenazah wanita obesiti

ByTVS

BALIK PULAU, 12 Mei: Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu membawa jenazah seorang wanita yang menghidap obesiti untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titi Teras di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau, Mohd Ferdus Ishak berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.39 pagi yang memaklumkan bantuan pihaknya diperlukan bagi membawa jenazah seberat 250 kilogram itu.

“Jenazah wanita 66 tahun itu dibawa dari rumah di Kampung Permatang Pasir ke tanah perkuburan dengan jentera bomba.

“Ia membabitkan keanggotaan empat orang bersama lori tiga tan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan