Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa dari sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terjunam ke dalam sungai di Jalan Lahar Kepar, Penaga hari ini. Foto JBPM

Wanita maut MPV jatuh sungai

KEPALA BATAS, 11 Mei: Seorang wanita terkorban selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terjunam ke dalam sungai di Jalan Lahar Kepar, Penaga di sini hari ini.

Mangsa, Siti Hawa Mohd Isa, 40, disahkan maut di tempat kejadian dipercayai akibat lemas.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda, Mohamad Yazi Taib berkata, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 7.39 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya, bomba yang tiba di lokasi yang terletak lapan kilometer dari balai, 10 minit kemudian mendapati sebuah MPV jenis Perodua Alza berada di dasar sungai.

“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) mendapati seorang mangsa perempuan berada di dalam kenderaan itu.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 9.55 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada pukul 10.06 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Asri Shafie mengesahkan kejadian itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan