Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom (tiga kanan) menyempurnakan penyerahan baton SUKMA Sarawak 2024 di Bintulu, hari ini. Foto Muqri Aziz (TVS)

SUKMA: Manfaatkan bertanding di negeri sendiri, Sarawak perlu hapuskan ‘sumpahan’ 30 tahun

ByMuqri Aziz

BINTULU, 11 Mei: Atlet Sarawak wajar memanfaatkan kelebihan bertanding di gelanggang sendiri untuk meraih gelaran juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata kejuaraan itu akan menghapuskan badi 30 tahun kejuaraan yang dikecapi Sarawak kali terakhir pada tahun 1994.

“Tahun ini memandangkan kita menjadi tuan rumah, kita berpeluang menjadi juara keseluruhan. Penganjuran pada edisi kali ini merupakan satu peluang terbaik untuk menjulang kejuaraan.

“Saya yakin kontinjen Sarawak berupaya menyapu bersih kesemua acara sukan yang dipertandingkan,” katanya berucap pada Majlis Larian Baton sempena SUKMA Sarawak dan Para SUKMA Sarawak 2024 di Dewan Suarah Bintulu di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri Johnny Sikie Tayai, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Sarawak 2024 Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dolhadi Marzuki dan Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti.

Kontinjen Sarawak hampir merangkul juara keseluruhan ketika menjadi tuan rumah lapan tahun lalu namun sekadar berpuas hati di tangga kedua di belakang Selangor.

Dr Rundi turut berkata Bintulu amat bertuah kerana menjadi salah satu lokasi penganjuran antara sembilan bahagian yang terpilih dan menjadi tuan rumah bagi tiga acara sukan iaitu bola sepak, Muay Thai dan sepak takraw.

“Saya menyeru kepada masyarakat setempat untuk memberi sokongan yang padu buat atlet kita.

“Buat atlet Sarawak, gunakanlah platform ini bagi mengembangkan dan mempertingkatkan kemahiran anda supaya anda boleh mewakili Sarawak dan Malaysia di kejohanan sukan yang lebih tinggi seperti temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) pada edisi akan datang,” tambahnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Sarawak juga akan menjadi salah satu lokasi penganjuran buat Sukan SEA jika Malaysia menjadi tuan rumah bagi temasya sukan itu kelak.

SUKMA ke-21 merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah selepas tahun 1990 dan 2016.

SUKMA Sarawak 2024 bakal menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara, dengan menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai termasuk kontinjen jemputan Brunei Darussalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan